Monday, April 5, 2010

AGENDA, OH AGENDA

Tak cukup masa atau tak pandai urus masa?

Huh~

Sudah lama saya tidak ber'blogging' (bagi seorang blogger yang berdedikasi (ahaks!), 5 hari itu sudah cukup lama). Banyak betul agenda yang belum selesai. Antaranya:

1. Habiskan baca buku-buku yang berlambak-lambak saya beli tapi baru baca tak sampai 10 pages.
2. Habiskan baca eBook 101 Cara Promosi Perniagaan Internet Anda yang baru dibaca sampai point ke-13 (meanwhile saya masih lagi menunggu pakcik posmen menghantar CD Langkah 1-2-3 Membina Laman Web Anda Yang Pertama! yang saya order minggu lepas...)
3. YM dengan si Fitriah tentang HPA (dah sebulan pending disebabkan faktor masa)
4. Jahit seluar slack (reshaping)
5. Develop and manage my weblog
6. bla.. bla.. bla..

Antara semua agenda tu, saya sekarang sedang fokus pada point ke-5. Pening betul dengan bahasa IT ni. Selagi tak complete memang rasa tak puas hati. Alang-alang makan nasi tu biar sampai habis!

Semasa di kolej dahulu saya ambil subjek IT (wajib) sewaktu semester 3, jadi ilmu tu memang tak cukup. Apa yang saya belajar itu pun 50-60 peratus daripadanya adalah basic knowledge yang memang saya sudah al-maklum.

Terima kasih saya ucapkan kepada mereka-mereka yang banyak membantu saya. Main sifu saya tak lain tak bukan Atiqah (TQVM sifu!). Sifu saya ini suggest saya banyak buat homework dengan justkhai.com.

Tutorial dalam justkhai.com untuk newbie memang banyak dan terperinci jadi saya pun suggest kepada anda untuk refer web ini in case kalau anda baru buka weblog dengan domain name sendiri. Walaupun begitu ini tidaklah bermakna saya peminat justkhai.com atas beberapa faktor yang tidak perlu saya sebutkan di sini.

Anyway, sebenarnya antara sebab banyak agenda saya tergendala mungkin kerana saya sudah selalu sia-siakan waktu dhuha. Rezeki susah betul nak masuk sehingga semudah menjahit seluar pun tak lepas-lepas lagi. Tak boleh jadi ni...

ALLAH tak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi kaum itu tak mengubah nasib mereka sendiri. Apa yang terjadi ke atas manusia itu adalah dari tangan-tangan mereka sendiri.

Orang yang celaka adalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam. Wahh!!

Salam penuh keberkatan!


P/s: Links di atas bukanlah bertujuan untuk mempromosi web-web tersebut. Sekadar mahu berkongsi perkara berharga yang saya dapat dari links tersebut dengan anda.



NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Ipoh, Perak
06/04/10

Wednesday, March 31, 2010

ISTIMEWA BUAT SAHABAT

"Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari" -Saiyidina Ali KW (rujukan dari ILUVISLAM.COM)


**********
Aizat - Sahabat

Sahabat, mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat, ingatlah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat, aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Aku di sini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
Tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah

Kembalilah, oh sahabatku
Kembalilah...

**********


Tiba-tiba hati rasa syahdu mendengar lagu Sahabat dari Aizat. Lagu ini terasa dekat dengan diri.

Buat sahabat-sahabatku:

"Terima kasih yang tidak terhingga kerana menjadi sahabatku.
Terima kasih kerana menjadi pendorongku di waktu aku hilang arah.
Terima kasih kerana tidak jemu-jemu menjadi pendengarku.
Terima kasih kerana bersamaku ketawa di waktu aku gembira dan menangis di waktu aku sedih.
Terima kasih dengan ilmu yang dikongsi.
Terima kasih dengan rezeki yang disyukuri.
Dan terima kasih kerana menerimaku seadanya.
Terima kasih, wahai sahabat."

(Jarak bukan ukuran, umur bukan sempadan, pandangan bukan membataskan - yang penting kita sahabat. Sahabat, aku sangat menyayangimu!)


Buat yang pernah menjadi sahabatku:

"Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidupku.
Terima kasih kerana pernah membuatkanku ketawa gembira dan menangis sedih.
Terima kasih kerana pernah berada di sampingku dan meninggalkanku.
Anda masih dihargai walau persahabatan itu hanya seketika.
Sekali lagi, terima kasih kerana pernah hadir dalam hidupku."


Lagu ini untuk anda!

Salam penuh keberkatan!


NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Ipoh, Perak
31/03/10

Monday, March 29, 2010

RAHSIA KEJAYAAN KURA-KURA


Keluarga saya ada membela dua ekor kura-kura yang nama saintifiknya red-eared terrapin, macam yang dalam gambar tu. Kalau tak salah yang anda lihat tu male terrapin kerana corak di cengkerang belakangnya jelas dan lazimnya male terrapins lebih kecil berbanding female terrapins.

Sebagai pengenalan, kura-kura terbahagi kepada dua jenis; kura-kura air (terrapin) dan kura-kura darat (tortoise). Kura-kura yang saya bela dipanggil red-eared berdasarkan jalur merah/oren yang ada di sebelah matanya dan ia adalah sejenis kura-kura air.

"Apa keistimewaannya membela terrapins ni?" Saya rasa inilah soalan yang membelenggu pemikiran semua (yang tak berminat dengan terrapins la, yang minat tu dah tentu mereka fight balik hehe..). Saya pun pernah tertanya-tanya soalan serupa awal-awal membela terrapins ini.

Actually, akibat kebosanan selepas SPM adik bongsu saya yang pandai-pandai nak bela terrapins. Lepas tu bila dapat panggilan kemasukan ke PSIS, tanggungjawab membela terrapins ni jatuh pada saya pula huhu..

6 bulan jugalah saya bela terrapins ni di kolej independently. Makanannya, aquariumnya, kebersihannya dan ubatannya sayalah yang uruskan sendiri dan sebahagian besarnya menggunakan perbelanjaan sendiri.

Banyak kebaikannya bela haiwan ni, antaranya:
1) time management, pengurusan wang n pengurusan kasih sayang (lebih kurang macam bela anak angkat la)
2) pengajaran yang kita boleh kutip melalui kelakuan haiwan

Tahu tak, rupa-rupanya terrapins ni walaupun ia haiwan pemalu tapi hatinya cekal dan ia kuat usaha.

Tak percaya?

Biasanya saya akan lepaskan terrapins saya dalam washroom supaya ia boleh melata dan berjemur. Kedudukan washroom biasanya jauh lebih rendah dari kawasan lain untuk mengelakkan air melimpah jadi keberangkalian untuk terrapin sebesar tapak tangan untuk keluar hampir mustahil (sebab kaki terrapin pendek. Kesian..).

Apa yang terrapins saya buat?

Ia cuba untuk memanjat keluar sampailah berjaya. Walaupun 95% daripada 'cubaan untuk melarikan diri' berakhir dengan kegagalan, ia tidak pernah letih untuk berusaha. Kalau letih, rehat sekejap kumpul tenaga (mungkin juga kumpul strategi) kemudian usaha lagi.

Begitu juga kita, perlu hati cekal dan kuat usaha. Walaupun tahu kebarangkalian untuk berjaya itu rendah tapi ia bukanlah kredit untuk kita mengalah. Usaha, usaha, usaha, berdoa dan barulah bertawakal.

Semanis kejayaan itu adalah apabila diusahakan sepenuh hati dan usaha. Belajar dari kegagalan, bina strategi dan jangan putus asa. Diam-diam ubi berisi. Rahsia kejayaan kura-kura!

Tak percaya lagi?

Saya sarankan anda bertanya kawan-kawan lain yang juga membela terrapin, pasti mereka ada jawapan yang hampir sama.

Salam penuh keberkatan!



NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Ipoh, Perak

Sunday, March 28, 2010

RAMBUT SAMA HITAM...

Perbezaan pandangan itu perkara biasa. Tapi jangan jadikan perbezaan pandangan itu yang menjarakkan sesuatu perhubungan.

**********
Kata orang, "Rambut sama hitam, hati lain-lain."

Betul kan? Kita takkan tahu apa yang dalam hati dan fikiran orang lain. Segala apa yang kita buat semuanya ikut logik kita sendiri.

Ada kalanya tak masuk akal bagi orang lain, tapi kita tetap dengan pendirian sendiri sebab bagi kita itulah yang betul. Orang lain takkan faham sebab mereka bukan kita.

**********

Kalau anda menonton 8TV hari ini mesti anda familiar dengan statement di atas. Statement tu saya petik dari rancangan bertajuk, 'Blogger Boy'. Saya tak pernah tonton pun Blogger Boy sebelum ni tapi itu saja rancangan TV yang paling best pagi hari minggu during that time. Random selection je.

And one more thing, statement tu pun ikut apa yang saya ingat je sebab saya malas nak catat time menonton tu hihi... Kalau saya ada masa untuk rewind saya akan edit statement tu.

(Ikut apa yang saya dah rewind, yang saya tonton tu episod 11 tajuk 'Niat'. Melilau jugalah saya dalam web 8tv tu mencari episod nie... Rupa-rupanya in reality saya dah jauh ketinggalan sebab masa saya log in 8tv untuk cari episod ni, dah keluar episod 18 pun.. Tak up-dated betullah saya dengan 8tv nie huhu~)

Persoalan yang berbangkit, kenapa statement di atas saya catatkan di sini? Saya ingin tekankan di sini, bukan niat saya untuk promosikan Blogger Boy tapi apa yang terkandung dalam statement itu yang penting.

Apa yang ada dalam hati kita, kita saja yang tahu. Orang lain tak tahu. Jadi apa yang kita fikir tak semestinya orang lain akan setuju, sebab orang lain tu tak tahu apa yang kita fikir.

Kadang-kadang kita rasa apa yang fikir betul, tapi orang lain tidak. Sebab kita fikir ikut cara kita, dan orang lain fikir ikut cara mereka. Lain orang, lain cara fikirnya.

Walaupun apa yang kita fikir betul tapi dalam masa yang sama orang lain fikir salah dan apa yang orang lain fikir betul tapi dalam masa yang sama kita fikir salah, tidak semestinya perkara itu betul atau salah.

Apa yang penting, setiap manusia itu tahu menghormati pandangan dan pendirian masing-masing. Hormati pandangan orang lain, orang lain pasti akan hormati pandangan anda. What you give you get back!

Kalau anda adalah seorang yang negotiable, anda pasti punya ramai kawan sebab orang lain akan lebih senang untuk berkawan dengan seseorang yang tahu untuk menghormati dan menerima pandangan orang lain.

Orang yang susah untuk menerima pandangan orang lain selalunya ada sifat ego dan mementingkan diri sendiri. Sebab itulah orang tidak senang dengannya.

Tapi ini pandangan saya, berdasarkan pengalaman saya. Tidak semestinya betul, tapi tidak salah.

Apapun, orang yang cerdik adalah orang mengambil pengajaran daripada pelajaran yang dapat dikutip di sepanjang hidupnya. Renung-renungkan dan selamat beramal (tagline Dr. Izzi).

Salam penuh keberkatan!



P/s: Tiba-tiba teringin pula nak cuba guna shampu BAWANG; menghitamkan dan melebatkan. hehe..


NOOR ATIKAH BINTI NOORDIN
Ipoh, Perak

Friday, March 26, 2010

STATISTIK RAKAN FACEBOOK SAYA!


Saya baru buat statistik tentang rakan-rakan Facebook saya. Hasilnya, 63.16% adalah schoolmates saya, 19.72% SIIUC's, 9.87% keluarga, 6.58% lain-lain dan 0.66% rakan bisnes.

Menurut hasil kajian itu lagi (cewah!) 93.354% daripadanya adalah orang yang memang saya kenal atau pernah kenal sebelum ini. Kesimpulannya, saya hanya fokus untuk add friends dari kalangan pengguna Facebook yang saya kenal dan merupakan rakan-rakan sekolah saya. I love my schoolmates!

Persoalannya, mengapakah saya fokus pada rakan-rakan sekolah melebihi rakan-rakan SIIUC?

Jawapannya, kenangan dan nilai...

Di sekolah, kenangan-kenangan semasa di tingkatan 1 hingga 5 tidak begitu berbekas dalam hati. Tapi yang paling penting kenangan manis memang melebihi kenangan pahit.

Semasa di tingkatan 6, tidak dinafikan kenangan pahit memang mengisi setiap ruang waktu, tapi ukhuwah kami memang kuat. Susah senang, nangis ketawa sama-sama. Pahit sepahit hempedu pun masih lagi mampu saya telan. Sebab itulah saya tidak pernah mahu lupa segala kenangan di sekolah dulu. Saya sayang kawan-kawan saya!

Di kolej pula, tiada apa yang mahu saya kongsikan. Studi, kawan-kawan, sikap, masalah...

Pada awalnya saya cuba bina links sekuat dan sepanjang yang mungkin, tapi... Mungkin betul kalau saya katakan makin panjang hidup seseorang itu, makin dia tahu berfikir, makin banyak pula masalah yang timbul.

Sikap adalah sesuatu yang amat mengecewakan saya. Sikap manusia SIIUC yang pelbagai merupakan suatu ujian besar bagi saya.

Rasanya tidak perlu saya khususkan di sini apakah sikap itu, cukup untuk saya katakan perjalanan kita masih panjang maka belajarlah dari pengalaman yang dapat dikutip di sepanjang perjalanan itu. Yang paling penting sekali berubahlah kepada sikap yang lebih baik.

SIIUC's pasti lebih faham apa yang saya cuba sampaikan.

However ini bukanlah untuk menafikan bahawa ramai juga sahabat yang sangat-sangat saya sayangi di situ, yang sangat baik, yang sangat memahami, yang sangat supportive. Cumanya 'kegagalan' (gagal?) untuk bina ukhuwah amat saya dirasai kehilangannya. Kesimpulannya, hidup di kolej memang perit!

So my ex-schoolmates, I'm in Facebook because of you guys!

Salam penuh keberkatan!

Wednesday, March 24, 2010

A DECISION TO MAKE!

vs


Antara Blogspot atau Wordpress. Mana satu yang lebih bagus?

Saya masih lagi berkira-kira sama ada untuk menggunakan blogspot atau wordpress untuk prime weblog saya. Ada banyak pro and cons yang perlu saya ambil kira.

1) Blogspot memang mudah tapi ada beberapa aplikasi yang tiada seperti dalam Wordpress
2) Wordpress ni rumit sikit tapi wow!
3) website URL untuk Blogspot aisyahumyra87.blogspot.com sedangkan Wordpress aisyahumyra.wordpress.com, memang cantik sebab saya mahu URL maintain 'aisyahumyra' sahaja tak kiralah dalam Blogspot atau Wordpress. URL aisyahumyra.blogspot.com tidak available jadi terpaksalah saya tambah '87' di hujung 'aisyahumyra'...
4) Wordpress agak slow la, memang macam ni ke?

Pening juga kepala fikirkan hal seremeh ni sebab lagi lama tunggu lagi banyak masa terbuang.

Apa pandangan anda semua?

Thursday, March 18, 2010

Fenomena Facebook!


Recently Facebook sudah jadi satu fenomena di Malaysia. Kalau dulu orang dok sibuk dengan Friendster dan Myspace, sekarang dari budak-budak sampai la orang tua semua ada Facebook. Kiranya siapa yang tiada akaun Facebook boleh dianggap 'not up to date'lah...

Adapun, apa benefitnya dengan Facebook ni?

Bagi saya selain ramai member-member lama berlonggok dalam Facebook, Facebook juga boleh jadi sumber untuk menjana pendapatan. Mungkin sebab itulah tujuan utama saya sertai Facebook adalah
1) kawan-kawan
2) bisnes!

Setakat ini saya telah usahakan perniagaan kredit tambah nilai untuk semua rangkaian termasuk OneComm, Jaring, TMNet dan iTalkMobile.

Saya sedang berkira-kira untuk meluaskan perniagaan. Semuanya in progress, just wait and see dan Facebook mungkin boleh jadi batu loncatan untuk usaha saya ini, insyaALLAH.

Apa pun, hope for better future for me!

Aim: Nak bayar hutang PTPTN dan nak guna financial source jauh dari 'pengaruh' PTPTN!

Salam Penuh keberkatan!